Portal NKRA LINUS

Go to Blogger edit html and find these sentences.

Tuesday, June 16, 2015

BENGKEL PELAPORAN SARINGAN 1 PROGRAM LINUS TAHUN 2015

Diadakan pada 10 hingga 12 Mei 2015 di Rossa Pasadena, Cameroon Highland. Pelaporan ini bertujuan untuk menggabungkan data saringan 1 semua daerah di negeri Terengganu bagi Pelaporan Kebangsaan. Semua fasiLINUS daerah di negeri Terengganu terlibat dalam bengkel ini.  ...

DIALOG LINUS DI SJKC CHUKAI

Pada 27 Mei 2015 satu program LINUS telah diadakan di SJKC Chukai melibatkan ibu bapa dan guru. Pada sesi pagi temu murni bersama ibu bapa tahap 1 telah diadakan bagi memberi pencerahan berkenaan program LINUS. Pada sesi petang pula sesi dialog LINUS bersama guru-guru LINUS di SJKC Chukai telah diadakan dengan tujuan untuk perkongsian LINUS dalam memastikan program LINUS berjalan lancar dan memberi nilai tambah dalam meningkatkan prestasi LINUS di sekolah ini. Kerjasama guru-guru LINUS amat baik termasuk pentadbir yang berusaha untuk mengadakan perjumpaan ini. ...

KURSUS KELESTARIAN SECARA ON SITE NUMERASI TAHUN 2015

 Pada 15 Jun 2015 telah diadakan kursus kelestarian secara on site bagi guru-guru Numerasi Tahun 2 di bilik bunga Raya PPD Lama, Kemaman. Kursus ini bertujuan memberi pendedahan dengan konsep kelestarian LINUS serta teknik penyoalan dalam pengajaran dan pembelajaran kepada murid LINUS tahun 1 hingga 3. 35 buah sekolah-sekolah daerah kemaman telah dilibatkan mengikut data numerasi saringan 1 tahun 2 bagi tahun 2015. Manakala bagi 12 buah sekolah lagi akan dilaksanakan jika ada peruntukan kewangan dan masa yang sesuai. Konsep 'bridging up' hendaklah diterapkan dalam pengajaran dan pembelajaran kepada murid LINUS untuk menjadikan...

Tuesday, June 9, 2015

Keputusan saringan 1 LINUS2.0 bagi Tahun 2015

Pencapaian LINUS2.0 saringan 1 daerah Kemaman telah dimuktamadkan. Pencapaian boleh dilihat pada menu 'LAPORAN' - 'Saringan 1'. Secara keseluruhan dapat dinyatakan seperti butiran berikut ; 1. Literasi Bahasa Malaysia Tahun 1 berlakunya sedikit penurunan penguasaan murid sebanyak 0.19% manakala tahun 2 penurunan penguasaan murid sebanyak 2.34%. Tahun 3 berlaku penurunan dengan 0.13%. Secara keseluruhan TIDAK MENCAPAI SASARAN yang telah ditetapkan. 2. Literasi Bahasa Inggeris Tahun 1 berlakunya peningkatan penguasaan murid iaitu 7.10% manakala tahun 2 peningkatan yang tinggi penguasaan murid adalah sebanyak 11.52%. Bagi tahun 3 tiada data sebanding berikutan tahun 2015 adalah tahun pertama. Secara keseluruhan TIDAK MENCAPAI SASARAN yang telah ditetapkan. 3. Numerasi Tahun 1 berlakunya peningkatan...

Page 1 of 1112345Next