LINUS BAHASA MALAYSIA



  1. Mata Pelajaran : Bahasa Malaysia
  2. Kelas : 2 Bestari
  3. Tema : Kebudayaan
  4. Tajuk : Makanan Kita
  5. Masa : 7.30 – 8.30
  6. Standard Pembelajaran :
 1.4.4 / Literasi 3.2 (Jika ada Murid LINUS)
  1. Objektif Pembelajaran :
    1. Pada akhir pembelajaran dan pengajaran, murid dapat;
      • Bertutur  untuk menyatakan permintaan dengan betul.
      • Bertutur  untuk menyatakan permintaan dengan intonasi yang betul secara bertatasusila.
Literasi: ( jika ada murid LINUS)
  • Menyebut dan memadankan frasa yang mengandungi suku kata terbuka dan suku kata tertutup dengan gambar.
  1. Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
  1. Menuturkan ayat-ayat permintaan yang telah didengar daripada dialog.
  2. Main peranan sebagai penjual dan pembeli.
  3. Berbincang  tentang cara yang betul  membina ayat permintaan berdasarkan situasi dan menuturkannya semula. 
  4. Menulis ayat permintaan berdasarkan gambar, slaid powerpoint atau situasi pada komputer, papan tulis atau lembaran kerja
Aktiviti Literasi ( jika ada murid LINUS)
  • Menyebut frasa menunjukkan  permintaan dengan bimbingan guru.
  • Memadankan frasa menunjukkan  permintaan dengan  gambar yang sesuai.
  1. Elemen Merentas Kurikulum (EMK)
    • Nilai Murni – berbudi bahasa, jujur
    • Keusahawanan
    • TMK – belajar melalui TMK

  1. Bahan Bantu Mengajar (BBM)
  • komputer, kad gambar, lembaran kerja
  1. Penilaian Pengajaran dan Pembelajaran
  • Murid menuturkan ayat-ayat permintaan berdasarkan gambar situasi yang dipaparkan.

  1. Refleksi
  • 30 orang daripada 36 orang murid telah mencapai objektif PdP.
  • Murid yang belum menguasai akan diberi bimbingan. 
  •  Murid yang telah menguasai diberi latihan pengayaan.





0 comments:

Post a Comment