* National Key Result Areas (NKRA’s) KPM menyasarkan :
* Menjelang 2012, semua murid berkeupayaan menguasai asas literasi dan numerasi (kecuali yang berkeperluan khas) selepas 3 tahun persekolahan
* Di bawah pengawasan dan pengurusan Sektor Dasar dan Pembangunan Pendidikan
* Diselaraskan oleh Bahagian Perkembangan Kurikulum
* Usaha penambahbaikan kepada program sedia ada di sekolah rendah (KIA2M & PROTIM).
* Merupakan usaha bersepadu menangani masalah penguasaan kemahiran asas literasi dan numerasi untuk murid normal Tahun 1, 2 dan 3.
* Dinamakan Program Literasi dan Numerasi (Program LINUS) Tahap 1.
RASIONAL
Pelbagai program telah dijalankan tetapi masih terdapat murid yang menghadapi masalah menguasai kemahiran asas membaca, menulis dan mengira.
KIA2M (2006) memfokuskan kepada Tahun 1 sahaja. Tahun 2 dan 3 dibawah kendalian guru pemulihan
PROTIM memfokuskan pada Tahap 2 yang dirasakan terlalu lewat dalam usaha memulihkan kemahiran literasi dan numerasi Pendekatan bersepadu perlu dilaksanakan bagi mengatasi masalah literasi dan numerasi seawal Tahun 1.
Kumpulan gagal menguasai masalah ini berisiko keciciran dan menghadapi kesukaran memenuhi keperluan melanjutkan pelajaran dan kerjaya.
DEFINISI KONSEP LITERASI
“kebolehan membaca, menulis dan memahami perkataan, ayat tunggal dan ayat majmuk mudah (dengan menggunakan kata hubung ‘dan’) serta mengaplikasikan pengetahuan tersebut dalam pembelajaran serta komunikasi harian”
DEFINISI KONSEP NUMERASI
“kebolehan melakukan operasi asas matematik serta memahami idea matematik yang mudah dan mengaplikasikan pengetahuan serta kemahiran matematik dalam kehidupan harian”
MATLAMAT
“Memastikan semua murid Tahap 1 sekolah rendah berkeupayaan untuk menguasai asas literasi dan numerasi menjelang 2012 kecuali murid berkeperluan khas”
OBJEKTIF PROGRAM PENCAPAIAN LITERASI
Pada akhir Program Pencapaian Literasi murid akan dapat :
i. mengeja dan membunyikan suku kata terbuka dan tertutup;
ii. membaca dan menulis perkataan daripada suku kata tertutup;dan
iii. membaca dan menulis serta memahami ayat tunggal dan ayat majmuk yang mudah. dengan menggunakan kata hubung ‘dan’
OBJEKTIF PROGRAM PENCAPAIAN NUMERASI
Pada akhir Program Pencapaian Numerasi murid akan dapat :
i. membaca, menulis membilang dan menyusun nombor hingga 1000;
ii. membilang dua dua, lima lima dan sepuluh sepuluh dalam lingkungan 1000 bermula dari sebarang nombor;
iii. menyatakan fakta asas tambah, tolak, darab dan bahagi;
iv. mengaplikasikan pengetahuan operasi asas aritmetik dalam wang, menyatakan waktu dan menguku r dalam sentimeter.
KUMPULAN SASAR
Murid Tahap 1 yang berkeupayaan menguasai asas literasi dan numerasi kecuali murid berkeperluan khas yang mengikuti pendidikan di Sekolah Kebangsaan, Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina dan Tamil) dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan
STRATEGI PELAKSANAAN
1. Status
- Wajib dilaksanakan di semua Sekolah Kebangsaan, Sekolah Jenis Bantuan Kerajaan (Cina dan Tamil) dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan
2. Jadual Waktu
- Dilaksanakan dalam waktu Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris dan Matematik mengikut peruntukan waktu sedia ada
- Boleh menggunakan budi bicara pentadbir menjalankan program ini mengikut kesesuaian waktu dan kemudahan sekolah tanpa menjejaskan keberkesanan dan pencapaian matlamat program ini.
3. Penentuan Murid
- Murid Tahap 1 yang dikenalpasti sebagai murid yang tiada masalah pembelajaran akan menduduki saringan LINUS untuk dinilai tahap penguasaannya
- Setelah menduduki saringan LINUS murid akan dikategorikan kepada 2 kelompok utama :
- Tidak menguasai K1-K12 = Murid LINUS
- Menguasai K1-K12 = Murid Aliran Perdana
4. Guru LINUS
- Terdiri dari guru Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris dan guru Matematik serta dibantu oleh Guru Pemulihan
- Guru pemulihan khas perlu ditambah mengikut nisbah murid. Nisbah guru-murid mestilah kecil supaya tumpuan dapat diberikan kepada sasaran (murid)
- Guru yang sedia ada yang akan melaksanakan program ini perlu diberikan latihan yang khusus dalam teknik pemulihan dan bimbingan bagi menangani masalah ini.
5. Kemudahan
- Pihak sekolah memberi guru pendamping bagi memudahkan bimbingan individu
- Komputer dan LCD perlu dimanfaatkan untuk kegunaan dalam P&P
6. Penyeliaan dan Pemantauan
- Penyeliaan dan pencerapan akan dilaksanakan di beberapa sekolah terpilih melibatkan pegawai Bahagian KPM, pegawai JPN dan pegawai PPD
- GB dan GPK1 perlu menyelia kelas literasi dan numerasi ini
- Sistem pelaporan bagi memantau rekod pencapaian murid akan dibangunkan
- Pelaporan dibuat setiap 3 bulan
KANDUNGAN PROGRAM
Menggunakan kurikulum KSSR sebagai asas dalam menentukan skop kandungan P&P bagi murid yang mengikuti program ini
Skop Modul Literasi
Bermula dengan pengenalan abjad, suku kata sehinggalah ayat majmuk yang mudah
Skop Modul Numerasi
Merangkumi aspek nombor dari sifar hingga 1000, yang melibatkan operasi tambah, tolak, darab dan bahagi di samping mengaplikasikannya dalam pengiraan wang sehingga RM100
BAHAN DAN INSTRUMEN LINUS
Menggunakan modul P&P asas literasi dan numerasi yang bersesuaian dengan tahap kebolehan murid
Guru digalakkan menggunakan kreativiti sendiri dengan menggunakan bahan bantu mengajar yang bersesuaian dan berkesan
Instrumen penilaian akan dibina dan diguna pakai untuk pentaksiran formatif dan sumatif
PELAPORAN
Pengumpulan data saringan akan dijalankan oleh Bahagian Pengurusan Sekolah Harian dan laporan pemantauan disediakan oleh Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti
PENUTUP
Program ini merupakan usaha mengatasi masalah literasi dan numerasi pada peringkat awal persekolahan.
Komitmen semua pihak diharapkan agar matlamat program ini akan tercapai sesuai dengan sasaran NKRA’s