Pada 9 Julai 2015 jam 10.30 pagi di Bilik Zamrud PPD Kemaman telah
berlangsung post mortem LINUS bagi saringan 1 tahun 2015. Post mortem
melibatkan semua FasiLINUS PPD Kemaman dan semua Guru Besar di Daerah
Kemaman. Tuan Timbalan PPD dan Ketua Unit Akademik juga hadir dalam post
mortem ini. Membincangkan keputusan data saringan 1 tahun 2015, isu dan
permsalahan serta langkah atau cadangan penambahbaikan bagi memastikan
program LINUS di Daerah Kemaman mencapai tahap yang boleh dibanggakan.
amin....