Pada 17 Februari 2016 telah dilaksanakan LADAP LINUS di SK Mak Lagam dengan penglibatan semua guru LINUS. Penerangan diberikan berkenaan dengan kelestarian LINUS dan cara pentadbiran saringan yang tepat. Selepas itu diadakan sesi dialog bersama guru LINUS. Diharapkan program ini memberi impak yang berkesan kepada semua guru LINUS dalam melaksanakan program LINUS di sekolah tersebut. Tahniah kepada guru SK Mak Lagam.