Program outreach pada 13 hingga 14 April 2014 berjalan lancar. Program ini diadakan di PPD Lama bermula jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang. Program ini diadakan setahun sekali yang diambil dari portal LINUS. Program ini dilaksanakan secara berkelompok dengan proses pemeriksaan dilakukan secara terus bersama murid, ibu bapa dan guru murid tersebut. Peserta program terdiri daripada 26 orang murid bagi sekolah daerah Kemaman dan 13 orang murid bagi sekolah daerah Dungun yang merupakan murid LINUS tahap 1 di sekolah masing-masing.
Setelah mengikuti program ini, pihak kami merasakan program ini adalah program yang membantu pihak sekolah dari segi meningkatkan pencapaian LINUS secara keseluruhan. Bagi murid berkenaan pula, mereka dapat belajar mengikut kaedah dan strategi yang lebih berkesan. Ini kerana selepas proses saringan outreach dilaksanakan jika didapati murid ini mempunyai masalah yang membolehkan mereka ini diklasifikasikan sebagai murid berkeperluan khas, ianya akan dapat membantu mengurangkan masalah murid LINUS di peringkat sekolah itu sendiri. Namun jika didapati murid berkenaan tiada masalah mereka ini boleh akan kekal berada di sekolah dan guru boleh membimbing mereka dengan strategi masing-masing.
Hasil dapatan daripada program ini, guru boleh bertindak secara proaktif dengan mengenal pasti terlebih awal murid berkenaan di sekolah masing-masing. Apabila telah dikenal pasti murid berkenaan, guru boleh berbincang dengan ibu bapa untuk membuat saringan di hospital Kerajaan bagi memastikan murid ini berkeperluan khas atau tidak. secara keseluruhan, ianya akan memberi impak yang amat besar kepada pihak sekolah dan murid berkenaan.
0 comments:
Post a Comment