Portal NKRA LINUS

Go to Blogger edit html and find these sentences.

NKRA LINUS

Go to Blogger edit html and find these sentences.

Poster LINUS

Go to Blogger edit html and find these sentences.

Program Transformasi Kerajaan

Go to Blogger edit html and find these sentences.

FLINUS

Go to Blogger edit html and find these sentences.

Sunday, September 6, 2015

Kursus Peningkatan Pedagogi Kelestarian LINUS Tahun 2015

Pada 27-29 Ogos 2015 bertempat di Ancasa Royale, Pekan telah diadakan kursus LINUS bagi penyelaras LINUS daerah kemaman. Semua sekolah terlibat dalam kursus ini kecuali SK Kerteh. Kami mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua guru yang terlibat dalam kursus ini. Kerjasama yang diberikan amat baik dan kita akan teruskan komitmen ini untuk masa masa hadapan.




Sunday, July 12, 2015

POST MORTEM LINUS 2015

 Pada 9 Julai 2015 jam 10.30 pagi di Bilik Zamrud PPD Kemaman telah berlangsung post mortem LINUS bagi saringan 1 tahun 2015. Post mortem melibatkan semua FasiLINUS PPD Kemaman dan semua Guru Besar di Daerah Kemaman. Tuan Timbalan PPD dan Ketua Unit Akademik juga hadir dalam post mortem ini. Membincangkan keputusan data saringan 1 tahun 2015, isu dan permsalahan serta langkah atau cadangan penambahbaikan bagi memastikan program LINUS di Daerah Kemaman mencapai tahap yang boleh dibanggakan. amin....





Dialog LINUS di SK kampung Tengah


 Pada 2 April 2015 satu sesi dialog LINUS bersama guru-guru LINUS telah diadakan di SK Kampung Tengah. Dialog ini bertujuan untuk mengenalpasti permasalahan yang timbul dan perkongsian LINUS untuk meningkatkan prestasi LINUS di sekolah tersebut. Semua guru termasuk pentadbir memberi kerjasama yang sangat baik dalam menjayakan dialog ini.

Tuesday, June 16, 2015

BENGKEL PELAPORAN SARINGAN 1 PROGRAM LINUS TAHUN 2015

Diadakan pada 10 hingga 12 Mei 2015 di Rossa Pasadena, Cameroon Highland. Pelaporan ini bertujuan untuk menggabungkan data saringan 1 semua daerah di negeri Terengganu bagi Pelaporan Kebangsaan. Semua fasiLINUS daerah di negeri Terengganu terlibat dalam bengkel ini. 




DIALOG LINUS DI SJKC CHUKAI

Pada 27 Mei 2015 satu program LINUS telah diadakan di SJKC Chukai melibatkan ibu bapa dan guru. Pada sesi pagi temu murni bersama ibu bapa tahap 1 telah diadakan bagi memberi pencerahan berkenaan program LINUS.



Pada sesi petang pula sesi dialog LINUS bersama guru-guru LINUS di SJKC Chukai telah diadakan dengan tujuan untuk perkongsian LINUS dalam memastikan program LINUS berjalan lancar dan memberi nilai tambah dalam meningkatkan prestasi LINUS di sekolah ini. Kerjasama guru-guru LINUS amat baik termasuk pentadbir yang berusaha untuk mengadakan perjumpaan ini.





KURSUS KELESTARIAN SECARA ON SITE NUMERASI TAHUN 2015

 Pada 15 Jun 2015 telah diadakan kursus kelestarian secara on site bagi guru-guru Numerasi Tahun 2 di bilik bunga Raya PPD Lama, Kemaman. Kursus ini bertujuan memberi pendedahan dengan konsep kelestarian LINUS serta teknik penyoalan dalam pengajaran dan pembelajaran kepada murid LINUS tahun 1 hingga 3. 35 buah sekolah-sekolah daerah kemaman telah dilibatkan mengikut data numerasi saringan 1 tahun 2 bagi tahun 2015. Manakala bagi 12 buah sekolah lagi akan dilaksanakan jika ada peruntukan kewangan dan masa yang sesuai.



Konsep 'bridging up' hendaklah diterapkan dalam pengajaran dan pembelajaran kepada murid LINUS untuk menjadikan mereka lestari apabila ke aliran perdana.


Tuesday, June 9, 2015

Keputusan saringan 1 LINUS2.0 bagi Tahun 2015

Pencapaian LINUS2.0 saringan 1 daerah Kemaman telah dimuktamadkan. Pencapaian boleh dilihat pada menu 'LAPORAN' - 'Saringan 1'. Secara keseluruhan dapat dinyatakan seperti butiran berikut ;

1. Literasi Bahasa Malaysia
Tahun 1 berlakunya sedikit penurunan penguasaan murid sebanyak 0.19% manakala tahun 2 penurunan penguasaan murid sebanyak 2.34%. Tahun 3 berlaku penurunan dengan 0.13%. Secara keseluruhan TIDAK MENCAPAI SASARAN yang telah ditetapkan.

2. Literasi Bahasa Inggeris
Tahun 1 berlakunya peningkatan penguasaan murid iaitu 7.10% manakala tahun 2 peningkatan yang tinggi penguasaan murid adalah sebanyak 11.52%. Bagi tahun 3 tiada data sebanding berikutan tahun 2015 adalah tahun pertama. Secara keseluruhan TIDAK MENCAPAI SASARAN yang telah ditetapkan.


3. Numerasi
Tahun 1 berlakunya peningkatan penguasaan murid sebanyak 5.63% manakala tahun 2 peningkatan penguasaan murid adalah sebanyak 1.70%. Bagi tahun 3 berlakunya sedikit penurunan iaitu 0.43%. Secara keseluruhannya Numerasi MENCAPAI SASARAN yang telah ditetapkan kecuali tahun 2 sahaja yang TIDAK MENCAPAI SASARAN.

Bagi sekolah-sekolah yang berwarna kuning merupakan sekolah yang telah melepasi sasaran yang ditetapkan (KPI). Tahniah diucapkan kepada sekolah-sekolah yang telah mencapai sasaran dan bagi sekolah yang masih tidak mencapai KPI berusahalah untuk mencapainya supaya daerah Kemaman terus cemerlang untuk tahun 2015. Kami FasiLINUS daerah Kemaman menzahirkan ucapan jutaan terima kasih atas segala usaha dan penat lelah semua guru-guru LINUS. Selain itu, Penyelaras LINUS yang menjadi tulang belakang program LINUS2.0 serta sokongan pihak pengurusan sekolah terutamanya Tuan Guru Besar dan Guru-guru Penolong Kanan . Semoga kerja buat semua pihak dapat ganjaran yang setimpal oleh yang maha esa. Amin...

Tuesday, March 31, 2015

Dialog LINUS di SK Teluk Kalong

Pada 30 Mac 2015 satu dialog LINUS bersama guru-guru LINUS di SK Teluk Kalong telah diadakan dengan tujuan untuk perkongsian LINUS dalam memastikan program LINUS berjalan lancar dan memberi nilai tambah dalam meningkatkan prestasi LINUS di sekolah ini. Kerjasama guru-guru LINUS amat baik termasuk pentadbir yang berusaha untuk mengadakan perjumpaan ini. Tahniah, SK Teluk Kalong kerana dianugerahkan sebagai Sekolah KLUSTER..


Dialog LINUS di SK Seri Geliga


Pada 30 Mac 2015 satu sesi dialog LINUS bersama guru-guru LINUS telah diadakan di SK Seri Geliga. Dialog ini bertujuan untuk mengenalpasti permasalahan yang timbul dan perkongsian LINUS untuk meningkatkan prestasi LINUS di sekolah tersebut. Semua guru di SK Seri Geliga termasuk pentadbir memberi kerjasama yang sangat baik dalam menjayakan dialog ini.

Monday, March 30, 2015

Bengkel Pentadbiran Saringan LINUS2.0 Daerah Kemaman



Pada 9 Mac 2015 bengkel pentadbiran saringan 1 LINUS2.0 telah diadakan di bilik Zamrud, PPD Kemaman. Bengkel ini diadakan bertujuan untuk membugarkan dan memurnikan kaedah pelaksanaan saringan LINUS di sekolah daerah Kemaman. Peserta adalah terdiri daripada penyelaras yang baru dilantik atau guru baharu LINUS daripada 47 buah sekolah daerah Kemaman.

Wednesday, March 25, 2015

Kursus Kelestarian FasiLINUS LINUS2.0 Tahun 2015 (ZON TIMUR)

Pada 22 hingga 24 Mac 2015 telah diadakan kursus untuk FasiLINUS zon Timur di Le Village Beach Resort, Kuantan Pahang. Semua FasiLINUS Literasi Bahasa Malaysia dan Numerasi terlibat dengan kursus ini.

FasiLINUS akan mengadakan kursus on site untuk guru-guru LINUS di daerah masing-masing. Kursus ini adalah penambahbaikan dari konsep kelestarian LINUS2.0 dan diharap konsep kelestarian LINUS ini dapat diterapkan dan diamalkan oleh semua guru-guru LINUS untuk murid-murid LINUS di sekolah agar mereka tidak jauh ketinggalan dari arus perdana.

Dialog Pelaksanaan Intervensi (DPI) LINUS Daerah Kemaman

Pada 17 Mac 2015 PPD Kemaman terpilih sebagai tuan rumah bagi DPI LINUS yang pertama di negeri Terengganu. Semua FasiLINUS daerah Kemaman dan Dungun terlibat dengan DPI di bilik Zamrud PPD Kemaman.

Seramai 15 orang Guru besar sekolah daerah Kemaman dan 5 orang Guru besar sekolah daerah Dungun terpilih untuk menyertai DPI ini. Pemilihan ini berdasarkan sekolah yang tidak melepasi KPI yang ditetapkan dengan merujuk pada data saringan 2 tahun 2 bagi tahun 2014.

Dialog ini berlangsung dengan baik bermula jam 8.00 pagi hingga 5.45 petang. Dengan DPI ini diharap semua pihak terutamanya Guru besar sekolah menjadikan program LINUS sebagai program yang penting di sekolah seperti UPSR.

Bagi FasiLINUS pula, DPI ini telah memberi satu ruang yang baik untuk berkongsi pandangan dan idea untuk kecemerlangan program LINUS di daerah masing-masing. Banyak yang dapat dipelajari daripada dialog ini dan penambahbaikan akan dilaksanakan mengikut perancangan yang telah ditetapkan.

Saturday, March 14, 2015

Sunday, February 22, 2015

Program Pemuafakatan Ibu Bapa dan Taklimat LINUS di SK Seri Geliga

 Pada 17 Februari 2015 taklimat LINUS telah diberi kepada Ibu Bapa Murid Tahun 1 di SK Seri Geliga Kemaman. Taklimat itu disampaikan oleh encik Dahlan bin Che Ibrahim FasiLINUS Numerasi PPD Kemaman. Pada Taklimat itu Ibu Bapa diberi kefahaman berkenaan dengan pelaksanaan LINUS di sekolah.





Sunday, February 15, 2015

Mesyuarat LINUS di PPD Kemaman

Perbincangan ini diadakan bagi memastikan program yang dirancang dapat dilaksanakan dengan jayanya. Perbincangan peningkatan prestasi bagi sekolah-sekolah daerah kemaman berdasarkan data saringan 2 tahun 2014. Pemantauan akan dilaksanakan melalui 3 fasa iaitu:

1. Pemantauan awal ke sekolah yang tidak mencapai KPI saringan 2 tahun 2014
2. Pemantauan saringan 1 LINUS Tahun 2015
3. Pemantauan dan bimbingan LINUS selepas saringan 1 tahun 2015.

Pemanatauan seterusnya akan berdasarkan pada data saringan 1 tahun 2015...


Taklimat LINUS Kepada Guru LINUS Di SK Binjai

Pada 12 Februari 2015 SK Binjai menjemput Pegawai FasiLINUS PPD Kemaman untuk memberi taklimat berkenaan pentadbiran saringan LINUS dan kaedah PnP untuk murid LINUS.

Taklimat pentadbiran saringan disampaikan oleh Encik Dahlan bin Che Ibrahim manakala kaedah PnP LINUS disampaikan oleh Encik Mohd Nazri Razali.

Kaedah PnP ini dirasakan perlu adanya masa yang lebih panjang untuk keberkesanannya. Untuk masa hadapan kita akan melaksanakan kursus bagi input berkenaan. Isnyaallah...




Taklimat LINUS Kepada Ibu Bapa Di SK Mak Lagam

Pada 22 Januari 2015 satu taklimat LINUS kepada Ibu Bapa telah diadakan. Taklimat ini adalah bertujuan untuk memberi penerangan kepada Ibu Bapa berkenaan LINUS dan pelaksanaan di sekolah.


Harapan kami akan ada sekolah lain menjemput kami untuk memberi taklimat ini pada masa akan datang




Agihan modul di PPD Lama

Proses susun atur dan agihan modul LINUS dilaksanakan di PPD Lama, Kemaman. Agihan ini berdasarkan data saringan 2 tahun 2014. Modul LINUS ini akan digunakan untuk murid LINUS yang dikenalpasti oleh guru LINUS di sekolah. Proses agihan ini dilaksanakan pada masa ini berikutan daerah Kemaman dilanda banjir besar tahun 2013 dan banyak sekolah ditenggelami air.

Bagi mengelakkan berlakunya kerosakan maka ditangguhkan agihan selepas banjir.