Pencapaian LINUS2.0 saringan 1 daerah Kemaman telah dimuktamadkan. Pencapaian boleh dilihat pada menu 'LAPORAN' - 'Saringan 1'. Secara keseluruhan dapat dinyatakan seperti butiran berikut ;
1. Literasi Bahasa Malaysia
Tahun 1 berlakunya sedikit penurunan penguasaan murid sebanyak 0.19% manakala tahun 2 penurunan penguasaan murid sebanyak 2.34%. Tahun 3 berlaku penurunan dengan 0.13%. Secara keseluruhan TIDAK MENCAPAI SASARAN yang telah ditetapkan.
2. Literasi Bahasa Inggeris
Tahun 1 berlakunya peningkatan penguasaan murid iaitu 7.10% manakala tahun 2 peningkatan yang tinggi penguasaan murid adalah sebanyak 11.52%. Bagi tahun 3 tiada data sebanding berikutan tahun 2015 adalah tahun pertama. Secara keseluruhan TIDAK MENCAPAI SASARAN yang telah ditetapkan.
3. Numerasi
Tahun 1 berlakunya peningkatan penguasaan murid sebanyak 5.63% manakala tahun 2 peningkatan penguasaan murid adalah sebanyak 1.70%. Bagi tahun 3 berlakunya sedikit penurunan iaitu 0.43%. Secara keseluruhannya Numerasi MENCAPAI SASARAN yang telah ditetapkan kecuali tahun 2 sahaja yang TIDAK MENCAPAI SASARAN.
Bagi sekolah-sekolah yang berwarna kuning merupakan sekolah yang telah melepasi sasaran yang ditetapkan (KPI). Tahniah diucapkan kepada sekolah-sekolah yang telah mencapai sasaran dan bagi sekolah yang masih tidak mencapai KPI berusahalah untuk mencapainya supaya daerah Kemaman terus cemerlang untuk tahun 2015. Kami FasiLINUS daerah Kemaman menzahirkan ucapan jutaan terima kasih atas segala usaha dan penat lelah semua guru-guru LINUS. Selain itu, Penyelaras LINUS yang menjadi tulang belakang program LINUS2.0 serta sokongan pihak pengurusan sekolah terutamanya Tuan Guru Besar dan Guru-guru Penolong Kanan . Semoga kerja buat semua pihak dapat ganjaran yang setimpal oleh yang maha esa. Amin...
0 comments:
Post a Comment